Air! Air!

December 30, 2015

Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa a'la a'li sayyidina muhammad.

Assalamualaikum.

Macam mana dengan cuti sekolah kali ini? Mesti best kan? Atau mungkin tidak. Bagi saya, cuti tahun ini lebih bermakna daripada cuti sekolah tahun-tahun yang lepas. Cuti kali ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik terutamanya dapat meluangkan masa dengan keluarga. Ada segelintir kawan - kawan saya mengatakan mereka sangat bosan pada cuti kali ini. Pada asalnya, saya pun begitu juga. Kebosanan mula menghampiri saya. Selepas itu, saya cuba mengaktifkan diri saya dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Yang sangat mengejutkan saya, saya rasa Instagram, WeChat dan semua laman sosial sangat membosankan. (Biar betul? Haha. Betul lah. Entahlah . Sampai rasa mcam tu. Bagus sebenarnya ada perasaan macam ini. Kita pun tak akan membiarkan diri melakukan perkara-perkara yang membuang masa.) Alhamdulillah, I felt much better now.

Okay. Sebenarnya, saya nak berkongsi sesuatu benda.
Setiap hari , saya menolong nenek saya memasak di dapur. Mengikut cara Islam, kami akan membasuh semua bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur-sayuran, bawang yang tealh dipotong sebelum memasak sambil membaca selawat ke atas Nabi. Setiap kali saya membasuh bahan-bahan mentah, saya akan termenung melihat air. Beberapa soalan muncul di kotak pemikiran saya.

"Bagaimanakah kita hendak membasuh bahan-bahan mentah ini jika air itu tidak wujud?"
"Dari manakah air ini datang?"

MashaAllah. Sesungguhnya, kita tidak boleh membersihkan diri kita tanpa air.Kita tidak boleh membasuh bahan-bahan mentah tanpa air. Kita tidak boleh membasuh pakaian tanpa air. Kita tidak boleh hidup tanpa air!

Firman Allah S.W.T. : " Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan), dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, "
                                                                                                  (Surah Al-Furqan 25 : 48)
Dalam Al-Quran, terdapat banyak firman Allah mengenai penciptaan air. Sebenarnya, Allah yang menciptakan air! Allah menurunkan air dari langit melalui hujan. Subhanallah.
Inilah ciptaan Allah yang paling aku kagum. Tanpa air , kita tidak boleh hidup. Siapa yang boleh cipta air selain Allah? Tiada sesiapa yang dapat menciptakan air yang begitu sempurna seperti yang Allah ciptakan. Tanpa Allah, air pun tidak akan wujud. Nampak tak hubungannya?

Allah ada , air ada , manusia boleh hidup. 
So, hakikat sebenarnya apa? Kita, manusia, ciptaan Allah, hamba Allah, memerlukan Allah dalam hidup kita ... sentiasa.
Walau kita dalam keadaan susah macam mana sekalipun, ingat, jangan lupa untuk menunaikan solat dan mentaati perintah Allah S.W.T.

p/s : Maafkan saya sekiranya ada salah silap. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.


You Might Also Like

0 Comments

Anything you would like to share or comments?