Mengingatimu - The 4aith
May 24, 2019
Mengingatimu.
Tika itu,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Betapa kau,
Betapa kau menyayangi,
Betapa kau cinta,
Merinduiku...
Kau sering menangis untukku,
Kau sering berjuang untukku,
Kadang kau bersengkang mata,
Kau tidur tak lena,
Mengharap bersamaku.
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Segala jasamu.
Tika ini,
Ku teringatkanmu,
Mengenangi pengorbananmu,
Hmmm...
Seringkali kau di hina,
Namun tak pernah sekali kau jemu,
Hmm...
Betapa engkau bersungguh demi untukku,
Hmm...
Kau tak mahu kami diseksa,
Walau kau sendiri diseksa,
Kadang kau dipukul musuh,
Kau teruk dicemuh,
Mengharap bersamaku.
Mengingatimu,
Membuat hati aku sayu,
Betapa kau menyintaiku,
Namun tak ku hargai,
Andai dirimu,
Kini berada di sisiku,
Pasti dikau menangis pilu,
Melihat diri ini,
Jauh darimu,
Tak hargaimu,
Melupakanmu,
Maafkan daku...
Cukuplah diri,
Sampai bila kau mahu mengkhianati,
Pengorbanannya untuk kamu,
Agar dikau bahgia...
Betapa kejam,
Dikau membalas jasanya itu,
Dengan dosa yang engkau laku,
Cukuplah wahai diri...
Ku sedari,
Ku mahu bersama-samaku,
Ku juga mahu memelukmu,
Mendakap tubuh agungmu,
Wahai Rasulku...
0 Comments
Anything you would like to share or comments?