Hari Konvo UiTM Arau, Perlis

November 15, 2013

    
Hari Konvokesyen merupakan hari upacara penyampaian ijazah akademik dari universiti atau upacara lain. Seperti yang dimaklumkan, pada tanggal 12 - 14 November 2013, UiTM Arau telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke - 79 di Dewan Seri Semarak, UiTM Arau, Perlis.

    Kakak saya telah 'graduate' di UiTM Perlis. Saya menemani ibu saya untuk  pergi melihat kakak saya graduate di situ. Kakak saya seorang graduan diploma sains. Selepas ini, insyaAllah dia akan menyambung pelajarannya. Sebenarnya, saya ingin menceritakan pengalaman berada di Majlis Konvokesyen ini dan ini merupakan pengalaman yang begitu menarik bagi saya.
     Hal ini kerana apabila saya  berada di dalam dewan itu, melihat para graduan yang berjaya dengan cemerlangnya menerima anugerah yang hebat seperti Anugerah Naib Caunselor dan Anugerah Terbaik Program, saya berasa pandainya mereka sampai boleh dapat 4-flat dalam setiap exam. Ada juga yang selalu mendapat dekan setiap kali sem. Semangat saya untuk terus belajar semakin membara dalam diri. Saya tekad ingin belajar bersungguh-sungguh dan ingin berusaha mendapat dekan setiap kali sem semasa hidup di universiti nanti. InsyaAllah.
     Saya mahu tolong ibu dan ayah saya yang telah banyak berkorban selama ini. Saya tidak mahu menyusahkan atau membebankan mereka. Saya akan cuba berusaha sedaya upaya. Saya mahu membawa ibu dan bapa ke Makkah untuk menunaikan haji suatu hari nanti. InsyaAllah.  =)

You Might Also Like

0 Comments

Anything you would like to share or comments?