Cerpen : Warkah Dari Ibu Part III
July 24, 2015
Jangan tinggalkan kami!
Selepas kami semua solat Isyak berjemaah, aku dan emak melipat kain di ruang tamu manakala abang sedang membantu Hana menyiapkan kerja sekolahnya. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk sekuat-kuatnya beberapa kali. Ketukan itu membuatkan kami semua terkejut. Emak bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu. Aku membuntuti emakku. Aku juga ingin tahu siapa yang datang malam-malam begini.
“Siapa tu?” Tiada jawapan yang diberikan. Emakku tanya sekali lagi.
“Ni akulah.” Emak mengenali suara itu. Lantas dia membuka daun pintu.
Kami semua amat terkejut apabila wajah lelaki itu yang mempunyai pisau di tangannya. Saiful cepat-cepat menyuruh Hana memasuki bilik dan dia menelefon polis dengan segera. Lelaki itu ialah ayah kami yang selalu meminta duit emak untuk bermain judi.
“Apa yang abang nak malam-malam ni?” Emak bertegas. Dia tidak akan membenarkan suaminya itu mengambil duitnya dan anaknya, Saiful yang baru bekerja beberapa bulan itu. Dia ingin menggunakan duit tersebut untuk membiayai kos perbelanjaan keluarga mereka.
“Aku nak duit. Bagi aku duit!” jerit ayahku.
“Saya tak benarkan abang sentuh duit kami lagi. Kami bersusah payah bekerja untuk mencari duit yang boleh menampung keluarga kita ni.”
“Aku tak kira! Bagi sekarang jugak!”
Emak menghalang ayah daripada memasuki rumah.
“Kau degil , ye! Ambik ni!”
“Mak!”
Titisan darah merah pekat memercik ke bajuku. Aku menggeletar melihat darah yang terpercik ke bajuku. Aku memandang emak. Darah keluar dengan banyaknya dari perut emakku. Emak rebah ke lantai bersama pisau di perutnya. Aku cepat-cepat memangku emak di atas riba. Bercucuran air mataku bagai manik diurai. Abang menolak ayah keluar dari rumah sehingga ayah jatuh tergolek menuruni anak tangga rumah kayu itu. Polis pun datang dan segera menangkap penjenayah yang berstatus bapa itu. Abang segera menelefon ambulans. Hana keluar dari biliknya apabila mendengar siren polis dari luar. Dia terkejut melihat emak yang berlumuran darah itu.
“Emak! Jangan tinggalkan kami, mak! Bangun, mak! Bangun!” teriak Hana sambil menggoncang-goncang tubuh emak yang terbaring kaku di atas lantai.
“Mak, ikut apa yang Saiful cakap ye. Asyhaduan lailahaillallah, wa asyhaduanna muhammadar rasulullah.” bisik Saiful di telinga emak sambil memegang tangan emak.
Emak sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum emak menghela nafasnya buat kali yang terakhir. Kami tiga beradik menangis, memeluk tubuh seorang insan yang amat kami sayang itu.
Jenazah emak selamat dikebumikan pada keesokan harinya. Aku, Hana dan abang menghadiahkan Surah Yassin kepada emak pada malam itu. Sungguh, terasa berat ujian yang Engkau beri ini, Ya Allah. Akan tetapi aku perlu kekal tabah menghadapi ujian ini.
“Demi sesungguhnya, Kami (Allah) akan menguji kamu dengan sesuatu iaitu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Sampaikan berita gembira kepada orang yang sabar, iaitu apabila ditimpa kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali.”” (Surah Al-Baqarah 1 : 155-156).
Seusai kami bertiga membaca Surah Yassin, aku memasuki bilik emakku. Aku mendekati sebuah meja milik emakku. Aku lihat ke dalam sebuah laci yang dibiarkan terbuka di meja itu. Ada sepucuk surat yang tertulis ‘Untuk anak-anakku daripada emak’ pada sampul surat tersebut. Aku memanggil abang dan adik untuk sama-sama membaca surat itu.
Assalamualaikum, anak-anakku yang tercinta.
Apa khabar? Semoga kamu semua dalam keadaan sihat selalu dan dalam perlindungan Allah senantiasa. Sekiranya kamu sedang membaca surat ini, mungkin mak telah berada jauh daripada kalian. Mak berharap kamu semua reda dengan ketentuan Ilahi dan melepaskan mak pergi buat selama-lamanya. Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Mak berpesan agar bersabarlah dalam menghadapi segala cabaran dalam hidup kamu. Mak minta maaf kerana tidak dapat memenuhi keinginan kamu selama ini. Di sini, mak ada menyisipkan sejumlah wang untuk kegunaan kamu semua. Gunakanlah wang tersebut sebaik-baiknya. Saiful, pastikan kamu menjaga adik-adik kamu dengan sebaik-baiknya. Jangan tinggalkan mereka bersendirian. Bimbinglah mereka. Maizatul dan Hana, emak berharap kamu belajar bersungguh-sungguh demi masa depan kamu. Tabah dan bersabarlah dalam menghadapi segala ujian dalam hidup kamu. Ingatlah pesanan ini,
“Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Surah Asy-Syura 42 : 43)
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana.
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Mak sayang kamu.
Akan kami ingat sentiasa pesananmu, mak.
Bersabarlah duhai hati.
Seminggu selepas itu, di sekolah, aku terserempak dengan Kamariah.
“Kamariah, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau ni.” Aku memulakan bicara.
“Ada apa?”
“Sememangnya fitrah manusia yang tidak boleh lari daripada perasaan untuk memiliki atau mencintai seseorang. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga perempuan yang akan tertarik kepada lelaki.Bagaikan ada ikatan magnet yang menarik lelaki dan perempuan untuk dicantumkan bersama. Namun dalam Islam, perasaan ini perlu dikawal dan ada batasnya. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Isra, ayat 32, :
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya, zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”” tegur aku dengan lembut.
“Kau cakap pasal apa ni? Aku tak faham.” balas Kamariah dengan dahinya yang sudah berkerut.
“Kita janganlah berdua-duaan dengan lelaki. Apatah lagi berpegangan tangan dengan lelaki tersebut. Jauhilah perbuatan itu kerana ia boleh membawa kepada zina. Zina ada banyak kategori. Ada zina mata, zina tangan, zina kaki, zina telinga, zina lidah dan yang tidak boleh dielakkan ketika orang ber’couple’ ni ialah zina hati. Kamariah, aku harap kau faham apa yang aku cakap ni. Tinggalkanlah perbuatan tu, Kamariah. Aku tahu kau boleh jadi yang lebih baik dengan meninggalkan perbuatan tu.” nasihatku lembut.
Kamariah kelihatan terkejut apabila mendengar kata-kataku yang mengetahui perbuatannya itu.
“Kau siapa masuk campur urusan aku? Kau ke tepilah!” Kamariah menolakku ke tepi sehingga aku terhempas ke dinding. Dia pun berlalu pergi. Ya Allah, berilah aku kesabaran dan Engkau bimbinglah Kamariah ke jalan yang Engkau redai, doaku dalam hati. Aku teringat pesanan ibuku.
“Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Surah Asy-Syura 42 : 43). Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar.
Alhamdulillah…
Peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) semakin hampir. Aku, Anie dan Nurin selalu mengadakan study group untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Pada suatu petang, Kamariah menghampiri kami bertiga.
“Izat, aku minta maaf sebab aku tolak kau hari tu. Aku dah tinggalkan perbuatan itu. Lagipun, laki tu, dia tinggalkan aku. Dia kata dia saja nak mempermainkan aku. Dia tak cintakan aku sebenarnya. Aku minta maaf, Izat. Aku benar-benar menyesal. Maafkan aku.” ujar Kamariah sambil menangis teresak-esak.
“Tak pa. Aku maafkan kau. Sudahlah tu. Barang yang lepas, jangan dikenang. Kau nak join kami buat study group tak?” kataku sambil mengusap-usap belakang badannya.
“Terima kasih, Izat. Kau memang baik. Boleh ke aku join?” tanya Kamariah.
“Boleh aja!” jawab kami bertiga dengan nada seperti orang Indonesia. Kami semua tergelak besar dengan nada kami sebentar tadi. Sungguh, walaupun pahit sabar itu, tetapi, percayalah, sabar itu indah.
Kami menjawab soalan SPM dengan bersungguh-sungguh. Segala ilmu yang cikgu ajar telah kami aplikasikan ketika menjawab soalan tersebut. Akhirnya, alhamdulillah, aku, Anie, Nurin dan Kamariah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Benarlah pepatah Arab yang berbunyi, “Man jadda wa jadda.” Kegigihan kami dibalas dengan keputusan yang cemerlang daripada Allah S.W.T.. Selagi kita usaha, berdoa, dan bertawakal, insyaAllah, Allah akan memberikan kejayaan kepada kita.
Hana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tadikanya. Abang pula telah menjadi doktor yang berjaya dalam kampung. Sesungguhnya, pesanan emak takkan luput dalam ingatan kami.
“...kamu belajar bersungguh-sungguh demi masa depan kamu. Tabah dan bersabarlah dalam menghadapi segala ujian dalam hidup kamu. Ingatlah pesanan ini,
“Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Surah Asy-Syura 42 : 43)
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana.
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
0 Comments
Anything you would like to share or comments?